Wednesday 12 September 2012

Di sini lah bermula....

Di sinilah bermulanya niat untuk merealisasikan MUSLIM MALL&MUSLIM BRIDAL HOUSE.....
Doakan kejayaan ini, kerana ini juga kejayaan untuk umat ISLAM...



Seringkali majlis perkahwinan di selangi dengan perkara berunsur syubhah dan dosa.
Majlis perkahwinan yang di ingini syarak sangat mudah dan tidak membebankan. Oleh itu perkahwinan yang baik ialah yang :

  • ringan perbelanjaanya
  • tidak bermewah dan menunjuk-nunjuk
  • tidak melebihi batas yang diperlukan
  • tiada unsur pembaziran
Sedangkan hikmah majlis perkahwinan yang dianjurkan adalah untuk :

  • melahirkan rasa kesyukuran kepada ALLAH
  • melahirkan rasa kegembiraan atasikatan  perkahwinan 
  • mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa pasangan telah sah menjadi suami isteri
  • memberi peluang kepada tetamu bersuai kenal dan mengeratkan silaturrahim
Sebaiknya lakukan lah kenduri sekadar yang termampu sahaja. Yang penting ia di lakukan dengan niat yang ikhlas serta memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH swt.  Kenduri yang berkat itu penting, sama pentingnya dengan akad nikah mengesahkan ikatan suami isteri. 


JOM REALISASIKAN PERKAHWINAN YANG BERKAT di
MyCreativeFingers, insyaALLAH...
(^_^)


No comments:

Post a Comment