Thursday 30 August 2012

SALAM MERDEKA..


Kemerdekaan yang sebenar ialah pembebasan daripada pengabdian kepada manusiadan duniawi, hanya pengabdian kepada ALLAH AZZA WA JALLA.


Sudahkah kita bermula?


Masih berkesempatan menunaikan puasa 6..

Ayuh semua...


Sunday 26 August 2012

Rezeki perniagaan bila berpagi-pagi..

"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki. Sesungguhnya berpagi-pagi itu itu adalah berkat dan kejayaan"

Waktu pagi adalah waktu yang paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal.

Sekiranya anda berniaga, mulakan perniagaan anda awal pagi!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan 20% daripada usaha dan masa kita apabila diberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti sehingga 80%.

Waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi - beri fokus yang sebaiknya di awal pagi setiap hari.


"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan jangan lah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, Sesungguhnya ALLAH membahagi rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari"

MASYA ALLAH!! IMPRESSED......



Selepas kejatuhan Hosni Mubarak, Parlimen Mesir memperlihatkan kehebatannya tersendiri. Fakta berikut menjadi petanda yang sangat menarik:
  • 140 anggota Parlimen Mesir hafal al-Quran
  • 100 anggota Parlimen 10,000 hadis
  • 180 hafal lebih separuh al-Quran
  • 170 anggota pemegang PhD dalam pelbagai bidang
  • lebih dari 50 anggota Parlimen tiada kereta
  • 350 anggota pernah dipenjara dalam tempoh berbeza (6 bulan ke 9 atau 10 tahun)

Writing? I'll try... Bussiness? I like...

Assalamualaikum and Hi!

Saya, minat juga menulis di samping berniaga dan deko-deko. Tetapi, masih merangkak dan terus merangkak, bertatih, berjalan dan seterusnya berlari. Bukan mudah, tetapi saya akan berjuang dan bersabar.

Ingin berkongsi rasa. Ada yang sukar di ucap di bibir. Setuju tak? Mudahan ada seni kreatif dalam tulisan saya (hihi..) dan memberi manfaat kepada kita semua, INSYA ALLAH...


Seterusnya..
Saya sangat suka berniaga. Kecil-kecilan je. Seingat saya, mula-mula berniaga masa umur 11 tahun. Berniaga di sekolah. Suka-suka. Tapi rupanya seronok bila ada orang beli. Orang pertama yang beli barang saya tu akan saya ingat sampai bila-bila. hehe, thanks!

Langkah sunnah ini saya teruskan sekarang dengan lebih serius. Sabar, tekun dan rajin. INSYA ALLAH.

"ya ALLAH bantulah aku, luaskan rezekiku..."

Setiap langkah bermula dengan TIADA.  Esok, lusa, seminggu, sebulan..setahun...mungkin kurang mendapat sambutan. tetapi, YAKIN lah dengan ALLAH, jika kita terus berusaha, berdoa dan bertawakkal...pasti ada rezeki untuk kita.

Dan semestinya, jangan melihat rezeki dalam skop yang kecil. Rezeki bukan sahaja DUIT atau harta benda semata. Kesihatan, ketenangan, keluarga sakinah..juga sebahagian daripada rezeki. Kan?

Percayalah...rezeki ALLAH MAHA LUAS..pintunya ada di mana-mana..dan mungkin tanpa di sangka-sangka..

"Barangsiapa yang BERTAQWA..nescaya ALLAH akan menyediakan jalan keluar dan memberi rezeki dari jalan yang tak di sangka-sangka"


Mari, kita menggalakkan perniagaan amalan sunnah dan mengajak umat Islam sama sama menjayakannya..

Terima kasih dan syukur atas kesudian saudara/i membeli di MyCreativeFingers. Dalam kesibukan berniaga, saya akan sama sama juga berkongsi tulisan dan rasa sanubari. Moga memberi manfaat kepada kita semua. Kekadang ada perkara yang tak terungkap di bibir, dengan tulisan lebih memberi kesan.

Segala yang baik itu datang dari ALLAH dan segala yang buruk itu kelemahan diri yang hina ini.

Do Your Best and Let ALLAH Do The Rest

Terima kasih sudi membaca.
Wassalam.

RAMADHAN will be missed surely!

Assalamualaikum and Hi!

Hari ni, 8 Syawal. Seminggu sudah RAMADHAN pergi meninggalkan kita. Aidilfitri tiba tanda kemenangan.

Di Kedah suasana raya semakin suram tetapi saya percaya di ibu kota masih hangat dengan ziarah menziarahi dan open house. Iye bukan? Hari ini juga saya teramat yakin, ibu kota Kuala Lumpur akan kembali sesak menyambut kembalinya anak perantau yang pulang ke desa. Hiruk pikuk lah Kuala Lumpur seperti biasanya.


Walau apapun, yang paling penting, bagaimana ruh dan tarbiyyah RAMADHAN memberi impak kepada diri kita? keluarga kita? Masjid qaryah kita? adakah sama melimpah seperti tarawikh pada bulan yang lalu. Atau semakin sepi? Mari kita sama-sama meneruskan amalan yang di lazimi di RAMADHAN yang baru lalu. Bangunlah tika dinihari menghadap DIA yang SETIA menunggu doa dan rayuan hambaNYA, tika susah dan senang.

RAMADHAN, pergi mu di tangisi....dan amat pasti di rindui....
yaALLAH, bimbinglah kami agar senantiasa tetap di jalan kebaikan dan keredhaanMU...


Friday 24 August 2012

NEW!! Gubahan Hantaran by Galeri Kreatif Impian Mimi.

Alhamdulillah...
Galeri Kreatif Impian Mimi sudah mula menerima tempahan hantaran, sireh junjung, door gift dan bantal hantaran.

Kat bawah ni, gubahan yang di tempah oleh sepupu saya untuk majlis perkahwinannya pada bulan Mei yang lepas. Temanya ialah English bagi pihak perempuan dan Urban bagi pihak lelaki. ni adalah antara gambar yang sempat di rakamkan.

By the way, THANKS & CONGRATULATIONS to both Syami&Nazri. Selamat melayari alam rumahtangga dan live happily ever after, INSYA ALLAH.


BEKAS CINCIN




Hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki

AL QURAN & TASBIH


WALLET & TIE


SAMSUNG GALAXY S II


JAM


KEMEJA


COKLAT



PERFUMES



KASUT


BUAH-BUAHAN


Hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan

BUAH-BUAHAN


AL QURAN & TASBIH




KASUT


HANDBAG




JAM


Harga setiap item boleh dirunding, dan seperti biasa, pelanggan di sekitar Alor Setar, penghantaran adalah PERCUMA. INSYA ALLAH Galeri Kreatif Impian Mimi akan upload lebih banyak gambar hantaran dari semasa ke semasa.

Suka dengan hasil kerja Galeri Kreatif Impian Mimi?

H U B U N G I : S Y A M I M I  0195721841

TERIMA KASIH KEPADA SAHABAT DAN PELANGGAN YANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN/MEMBELI PRODUK Galeri Kreatif Impian Mimi.
















THANKS!

Assalamualaikum and Hi!



Terima kasih yang tak terhingga kepada pelanggan yang sudi membeli Eid Cookies Jar untuk Hari Raya anda. Semoga semua berpuas hati ye.

INSYA ALLAH pada masa akan datang, Eid Cookies Jar masih available untuk sesiapa yang berminat.

~~MIMIESHOPPE~~

Thursday 2 August 2012

Tuanku yang sentiasa dipayungi Rahmat ALLAH...

Assalamualaikum...
Semoga kita terus bersemangat meneruskan ibadah puasa dan memperbanyak ibadah-ibadah sunat.

INSYA ALLAH pada 9 Ogos ni, Sultan yang sangat dekat hati baginda dengan Islam ini akan menganjurkan QIAM WITH ME. subhanallah...terharu dan bangga masih ada lagi pemimpin sebegini.

Sedih tak boleh ikut sama :(
Jarak jadi penghalang. Nak balik raya pun lambat lagi.
Sultan ni 'jiran' saya kat kubang kerian tu..
Rumah parent sebelah je dengan istana..
Rugilah tak dapat join...
Rugi sangat-sangat!!!!

Apapun, bagi sesiapa yang berdekatan, berkesempatan..
Jangan lepaskan peluang ni..
Rakyat Kelantan bertuah dikurniakan ALLAH dengan pemimpin yang sangat cintakan syiar Islam..

SALAM MUJAHADAH DAN IBADAH...
(^_^)~~~