Sunday, 26 August 2012

Rezeki perniagaan bila berpagi-pagi..

"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki. Sesungguhnya berpagi-pagi itu itu adalah berkat dan kejayaan"

Waktu pagi adalah waktu yang paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal.

Sekiranya anda berniaga, mulakan perniagaan anda awal pagi!

Konsep Pereto 80/20 mengatakan 20% daripada usaha dan masa kita apabila diberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti sehingga 80%.

Waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi - beri fokus yang sebaiknya di awal pagi setiap hari.


"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan jangan lah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, Sesungguhnya ALLAH membahagi rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari"

No comments:

Post a Comment