Sunday, 26 August 2012

Writing? I'll try... Bussiness? I like...

Assalamualaikum and Hi!

Saya, minat juga menulis di samping berniaga dan deko-deko. Tetapi, masih merangkak dan terus merangkak, bertatih, berjalan dan seterusnya berlari. Bukan mudah, tetapi saya akan berjuang dan bersabar.

Ingin berkongsi rasa. Ada yang sukar di ucap di bibir. Setuju tak? Mudahan ada seni kreatif dalam tulisan saya (hihi..) dan memberi manfaat kepada kita semua, INSYA ALLAH...


Seterusnya..
Saya sangat suka berniaga. Kecil-kecilan je. Seingat saya, mula-mula berniaga masa umur 11 tahun. Berniaga di sekolah. Suka-suka. Tapi rupanya seronok bila ada orang beli. Orang pertama yang beli barang saya tu akan saya ingat sampai bila-bila. hehe, thanks!

Langkah sunnah ini saya teruskan sekarang dengan lebih serius. Sabar, tekun dan rajin. INSYA ALLAH.

"ya ALLAH bantulah aku, luaskan rezekiku..."

Setiap langkah bermula dengan TIADA.  Esok, lusa, seminggu, sebulan..setahun...mungkin kurang mendapat sambutan. tetapi, YAKIN lah dengan ALLAH, jika kita terus berusaha, berdoa dan bertawakkal...pasti ada rezeki untuk kita.

Dan semestinya, jangan melihat rezeki dalam skop yang kecil. Rezeki bukan sahaja DUIT atau harta benda semata. Kesihatan, ketenangan, keluarga sakinah..juga sebahagian daripada rezeki. Kan?

Percayalah...rezeki ALLAH MAHA LUAS..pintunya ada di mana-mana..dan mungkin tanpa di sangka-sangka..

"Barangsiapa yang BERTAQWA..nescaya ALLAH akan menyediakan jalan keluar dan memberi rezeki dari jalan yang tak di sangka-sangka"


Mari, kita menggalakkan perniagaan amalan sunnah dan mengajak umat Islam sama sama menjayakannya..

Terima kasih dan syukur atas kesudian saudara/i membeli di MyCreativeFingers. Dalam kesibukan berniaga, saya akan sama sama juga berkongsi tulisan dan rasa sanubari. Moga memberi manfaat kepada kita semua. Kekadang ada perkara yang tak terungkap di bibir, dengan tulisan lebih memberi kesan.

Segala yang baik itu datang dari ALLAH dan segala yang buruk itu kelemahan diri yang hina ini.

Do Your Best and Let ALLAH Do The Rest

Terima kasih sudi membaca.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment